Penstabilan cerun di lokasi runtuhan Genting Highlands

Penstabilan cerun di lokasi runtuhan Genting Highlands

KERJA-KERJA penstabilan cerun giat dilakukan di lokasi runtuhan di jalan masuk ke Genting Highlands dari Genting Sempah ke Gohtong Raya. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerja-kerja penstabilan cerun giat dilakukan di lokasi runtuhan di jalan masuk ke Genting Highlands dari Genting Sempah ke Gohtong Raya.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati, pemantauan turut dilakukan pihak Genting selain melakukan kajian teknikal mengenai pergerakan tanah di kawasan terjejas.

Menjelaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, sehingga kini, tiada lagi berlaku runtuhan tanah yang menghalang jalan untuk ke Genting Highlands.

Kata beliau, bagaimanapun, beberapa langkah telah diambil oleh pihak Genting sekiranya berlaku runtuhan tanah di atas jalan.

“Pihak Genting telah menyediakan logistik untuk menguruskan segera runtuhan tersebut selain menjalankan pemantauan.

“Manakala JBPM melalui Balai Bomba Genting juga telah bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan berlaku lagi tanah runtuh dengan menyediakan sebuah jentera bomba di kawasan Goh Tong.

“Ini bermakna sekiranya berlaku apa-apa kejadian tindakan segera boleh diambil iaitu tindakan dari Genting sendiri di atas pusat peranginan itu dan juga dari bawah iaitu di Goh Tong,” katanya di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut, kata Wan Mohammad Zaidi, pihaknya tidak mempunyai maklumat jumlah cerun yang terjejas akibat hujan lebat pada 19 Disember lalu.

“Pihak Genting yang akan terus bertindak sendirian bagi proses pembersihan dan sehingga kini kejadian yang berlaku minggu lalu tidak melibatkan sebarang mangsa,” jelasnya.

Dalam kejadian 19 Disember lalu, Resorts World Genting menutup sementara jalan masuk ke Genting Highlands dari Genting Sempah ke Gohtong Raya.

Pengurusan Resorts World Genting dalam kenyataan berkata, keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-berjaga susulan hujan lebat di sekitar kawasan Genting Highlands.

Disebabkan hujan lebat yang dialami di kawasan sekitar Genting Highlands, pihak Resorts World Genting mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sementara jalan masuk ke Genting Highlands dari Genting Sempah ke Gohtong Jaya.

Malah orang ramai dinasihatkan menangguhkan perjalanan yang tidak perlu (non-essential travel) ke kawasan sekitar sehingga keadaan cuaca stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya