PETALING JAYA: Langkah drastik untuk menutup sesi persekolahan tidak akan dilakukan biarpun berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam kluster pendidikan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana kes yang direkodkan dalam kalangan pelajar hanya mengalami gejala ringan.
“Tidak perlu mengambil langkah drastik untuk tutup semua sekolah asrama kerana ia langkah ke belakang.
“Justeru apa yang kita boleh lakukan adalah mengambil tindakan mitigasi terhadap kluster yang berlaku Jadi jangan menyusahkan pelajar-pelajar ini dan ibu bapa mereka,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE