Peniaga kedai makan maut elak tapir melintas - Utusan Malaysia

Peniaga kedai makan maut elak tapir melintas

KEADAAN Perodua Viva dinaiki Mohd. Norhakimin Mohd. Fauzi selepas terlibat  kemalangan di Kilometer 98, Jalan Jerangau Jabor, berhampiran AMBS di Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang peniaga kedai makan maut selepas kenderaan dinaikinya hilang kawalan akibat mahu mengelak seekor tapir di Kilometer 98, Jalan Jerangau Jabor, berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini, pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Norhakimin Mohd. Fauzi, 26, dari Ketengah Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakannya, Muhammad Irfan Nazran Ibrahim, 22, yang memandu Perodua Viva dalam perjalanan ke bank yang terletak di AMBS. 

“Pemandu cuba mengelak tapir yang melintas hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang sebelum jatuh ke dalam cerun,” katanya dalam kenyataan.

Baharudin berkata, pemandu Perodua Viva itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan mayat Mohd. Norhakimin dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya