Pengundi perlu tolak calon, parti ekstrem, liberal - Utusan Malaysia

Pengundi perlu tolak calon, parti ekstrem, liberal

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya golongan belia digesa untuk menolak calon-calon atau parti politik yang membawa ideologi berbentuk ekstrem dan liberal.

Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Md. Salleheen Mohamad berkata, gesaan itu dibuat kerana PRN Johor kali ini dilihat luar biasa serta melibatkan pelbagai parti politik sama ada yang lama mahupun baharu.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada belia Johor agar bijak memilih parti yang akan memimpin negeri tersebut.

“Jangan kita pilih parti membawa ideologi liberal yang ekstrem bertapak di negeri Johor. Belia Johor adalah belia yang berakhlak terpuji, taat pada agama, taat kepada raja dan sayang akan negeri ini. 

“Kita tidak boleh menyokong parti berlandaskan liberal yang ekstrem, tiada budi bahasa dan bertindak sesuatu di luar batasan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Md. Salleheen, pengundi diminta tidak lupa akan wujudnya golongan pemimpin yang derhaka kepada institusi diraja, minum arak secara terbuka, menyokong budaya seks bebas dan perbuatan songsang lain.

“Pemimpin dan parti seperti itu perlu ditolak untuk terus berada di bumi Johor. Kita perlu sentiasa mempunyai akhlak yang terpuji dan tidak melanggar sebarang batas yang ditetapkan agama. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya