Pengintip Israel, pembunuh pensyarah Palestin di KL pada 2018 ditangkap di Gaza? - Utusan Malaysia

Pengintip Israel, pembunuh pensyarah Palestin di KL pada 2018 ditangkap di Gaza?

DALAM kejadian pada 2018, Dr. Fadi maut ditembak lebih 20 das di badan dan kepala ketika dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak, bagi menunaikan solat Subuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pengintip dan pembunuh pensyarah Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh dikatakan telah ditahan di Gaza.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook, pagi ini.

“Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan,” jelasnya.

Muhammad Nadir kemudiannya menulis: “Pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit. Perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan ditangkap. Dia memaklumkan membunuh Imam Fadi bersama lelaki lain di KL ketika itu”.

Sebelum ini laporan menyebut, pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) pada 2018 itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad, kata Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu berkata, dua suspek menaiki motosikal jenis BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat berkenaan dipercayai ejen Mossad yang berada di Malaysia.

Pembunuhan Fadi mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan menjadi kecoh apabila Khaled mengeluarkan kenyataan mendakwa pembunuhan itu didalangi serta dirancang oleh Mossad.

Malah, kebanyakan portal berita termasuk milik Israel seperti Haaretz.com, The Times Of Israel dan The Jerusalem Post (jpost) turut menyiarkan kenyataan Khaled yang mendakwa dua lelaki berkenaan adalah ejen Mossad.

Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya