Penggerak Komuniti wajar dimansuh, dana kerajaan salur ke sektor lebih utama - Utusan Malaysia

Penggerak Komuniti wajar dimansuh, dana kerajaan salur ke sektor lebih utama

HASSAN KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penubuhan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang terdahulu iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin bertindih fungsinya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ia perlu ditamatkan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tujuan penubuhan agensi yang hanya terdapat di negeri-negeri pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu juga tidak jelas hala tujunya.

Sehubungan itu katanya, langkah menamatkan institusi itu lebih awal berbanding tarikh sepatutnya pada 31 Disember tahun ini adalah wajar.

“Perkembangan ini munasabah seperti saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bahawa kerajaan perlu tumpu sektor lebih kritikal dalam usaha membantu rakyat akibat pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

“Justeru peruntukan bagi PeKT sebanyak RM8.57 juta bagi tahun 2022 wajar dialihkan ke sektor lain dan perkhidmatan anggota PeKT perlu ditamatkan selain semua kegiatan PeKT juga dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, walaupun tindakan menghentikan PeKT secara awal akan menimbulkan ketegangan antara pemimpin UMNO dan Perikatan Nasional (PN), namun dana pembayar cukai perlu lebih utama untuk diselamatkan.

“Pembentukan PeKT dan peruntukan dana kerajaan berjuta ringgit kepada program berkenaan membazir. PeKT pada teorinya ditubuhkan untuk melaksanakan Dasar Komuniti Negara tetapi sebenarnya digunakan kerajaan PN, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai alat politik.

“Oleh kerana Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO sedang melancarkan perang dengan Bersatu, maka projek PeKT jadi mangsa,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya