Pengeluar diarah segera agih minyak masak peket - Utusan Malaysia

Pengeluar diarah segera agih minyak masak peket

AZMAN Adam (kiri) memantau harga ayam yang ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Wakaf Tapai, Marang. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengarahkan syarikat pengeluar yang terlibat dalam Skim Penstabilan Harga Minyak Masak Bersubsidi (COSS) agar segera mengagihkan barangan berkenaan di pasaran.

Pengarah Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, langkah itu bagi mengatasi isu kekurangan minyak masak bersubsidi di seluruh negara pada masa ini.

Katanya, masalah berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan masih mengekalkan kuota 60,000 metrik tan barangan berkenaan pada setiap bulan.

“Kuantiti diperuntukkan kerajaan masih kekal tanpa ada pengurangan, namun, disebabkan beberapa faktor termasuk berita kenaikan harga barangan dalam media sosial maka menyebabkan pembelian panik berlaku hingga bekalan terganggu di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Azman berkata, pembukaan sektor ekonomi secara penuh turut menyumbang kepada kekurangan bekalan produk berkenaan di pasaran.

Dalam perkembangan sama katanya, mana-mana pengguna yang menjadi mangsa syarat tidak munasabah oleh pemborong bagi pembelian minyak masak bersubsidi itu agar tampil membuat aduan kepada pihak KPDNHEP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya