Penduduk tak tidur lena, peniaga trauma - Utusan Malaysia

Penduduk tak tidur lena, peniaga trauma

KONTRAKTOR giat melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk bagi menahan pergerakan tanah dalam kejadian tanah mendap dan runtuhan berhampiran longkang di deretan kedai Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk dan peniaga di Jalan 1A/2 Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan masih trauma dan bimbang terhadap keselamatan mereka sekiranya insiden tanah runtuh di kawasan mereka berlaku lagi pada bila-bila masa.

Malah bagi peniaga, kejadian itu menyebabkan mereka mengalami kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh lama.

Para penduduk juga memberitahu mereka tidak dapat tidur lena setiap kali hujan di kawasan perumahan mereka.

Penyelia sebuah butik pakaian, Noor Haziyah Abdul Mutalib berkata, premisnya perlu ditutup hingga mendapat arahan daripada pihak berkuasa walaupun sudah menyiapkan segala persiapan untuk mengadakan jualan Tahun Baharu Cina sejak 26 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh itu memberi kesan trauma buat peniaga-peniaga di sana kerana ia bukan kejadi kali pertama dan berharap usaha pihak berkuasa memasang 150 besi cerucuk akan mengelak berlaku semula.

“Semasa kejadian berlaku kami sangat panik dan tak tahu apa yang kami perlukan, hendak lari ke mana pun kami tidak tahu sebab takut ada runtuhan lagi akan berlaku selepas itu. Pelanggan di luar pun turut berselindung di dalam kedai kami.

“Kami sebagai peniaga dan pekerja di kawasan ni amat sedih, kakitangan dari butik ni sahaja sudah 10 orang terpaksa dicutikan serta premis terpaksa tutup operasi. Kerugian agak besar yang pihak syarikat terpaksa tanggung,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, kawasan sekitar tebing longkang besar di di sini yang mendap berpotensi berlaku runtuhan susulan kerana menurut Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) masih berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Dato’ Demang, Khairul Anuar Alias menzahirkan perasaan bimbangnya kerana taman perumahan tersebut adalah kawasan penduduk paling dekat dengan kawasan bencana itu.

“Terdapat penduduk di taman ini meluahkan kebimbangan mereka terhadap insiden yang dahulunya berlaku pada tahun 2017 itu berulang buat kali ketiga jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan susulan dan khuatir jika ia memberi kesan kepada kami kelak,” jelasnya.

Sementara itu, Nurul Ain Maliki, 32 selaku individu yang merakam kejadian tersebut memaklum keretakan terhadap tebing longkang itu sudah kelihatan dan sudah ada peniaga yang melapor serta menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa.

“Kejadian sudah semakin serius baru la mereka mengambil langkah memasang besi cerucuk tu, sedangkan retakan dekat sana memang dah kelihatan dah Cuma mereka hanya menutup retakan tersebut menggunakan kanvas biru pada bulan September 2021,” ujarnya.

Tambahnya, keluarganya menetap di bahagian atas kedai aksesori milik suaminya di hadapan tanah runtuh itu terpaksa menutup operasi dan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM10,000 serta terpaksa berpindah seketika.

“Nasib baik suami saya sempat alihkan kereta di sebelah sana, cumanya ada satu kereta je tak sempat nak dibawa ke tempat lain, pemilik kereta pun ketika itu ada di sana menyaksikan tanah runtuh tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya