Penduduk lega dapat van jenazah selepas lebih 35 tahun

Penduduk lega dapat van jenazah selepas lebih 35 tahun

PENDUDUK Felda Cherul 1 dan 2 melihat van jenazah yang diwakafkan seorang individu di Masjid Felda Cherul di Kemaman, Terengganu, hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Penantian lebih 35 tahun penduduk di Felda Cherul 1 dan 2 di sini untuk memiliki van jenazah akhirnya menjadi kenyataan apabila seorang individu bermurah hati menghadiahkan kenderaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Cherul 2, Mad Zaid Jusoh berkata, pemberian itu amat bermakna buat hampir 2,000 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan kerana mereka tidak perlu lagi menggunakan lori peneroka mahu pun kenderaan pacuan empat roda untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan. 

Katanya, sebelum ini mereka berdepan kesulitan dalam proses akhir pengurusan jenazah berikutan tiada kenderaan bersesuaian ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira dua kilometer dari masjid, terutama jika hujan.

“Kami terpaksa menggunakan payung untuk menutup keranda malah perlu berhati-hati ketika jenazah dibawa dalam pacuan empat roda. Alhamdulillah, apabila sudah ada van jenazah, urusan pengebumian kin menjadi lancar,” katanya kepada pemberita di Masjid Felda Cherul hari ini.

Pada Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan keresahan penduduk kampung yang terpaksa menggunakan lori mengangkut buah kelapa sawit di samping kenderaan pacuan empat roda bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Sementara itu, penyumbang yang hanya ingin dikenali sebagai Azam dari Pulau Serai, Dungun berkata, dia terpanggil untuk mewakafkan kenderaan tersebut bagi meringankan beban penduduk kampung.

“Saya terbaca laporan berita dan segera menghubungi pihak pengurusan masjid untuk membantu mereka. Saya kemudian membeli sebuah van terpakai sebelum diubah suai kepada van jenazah dengan kos keseluruhan hampir RM20,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya