Penduduk Kampung Bantal masih bertahan - Utusan Malaysia

Penduduk Kampung Bantal masih bertahan

SEORANG penduduk menyaksikan arus deras Sungai Tembeling yang naik berikutan masih hujan di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk pesisir Sungai Tembeling di Kampung Bantal, mukim Ulu Tembeling di sini masih berwaspada apabila banjir gelombang kedua yang melanda kawasan itu masih bertahan dan tidak nampak tanda akan surut hari ini.

Utusan Malaysia dimaklumkan oleh penduduk Kampung Bantal pada pukul 9 pagi ini keadaan air Sungai Tembeling masih bertahan selepas hujan turun di kawasan ulu sungai pukul 4 pagi hari ini.

Air mula melimpah masuk ke kawasan rumah, kedai kopi dan jeti bot penambang yang terletak di pesisir sungai pada pukul 6 pagi semalam akibat pertembungan dua batang sungai utama, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia berdekatan Kampung Gusai. 

Arus yang deras itu turut menghayutkan kayu balak reput dan reba pokok besar.

Penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rasid berkata, petang semalam sudah ada tanda air akan surut, tetapi naik semula pada pukul 4 pagi hari ini kemungkinan hujan lebat di kawasan ulu sungai.

“Penduduk di sini masih berwaspada kerana air masih ke kawasan rumah, kedai kopi dan jeti bot penambang, manakala arus sungai sangat deras.

“Namun, penduduk yang tinggal di pesisir sungai ini sudah membuat persediaan rapi sekiranya kejadian banjir lebih buruk berasaskan amaran angin monsun luruan masih belum berakhir,” katanya di Kampung Bantal dekat sini hari ini.

Kejadian banjir yang bermula pada 17 Disember lalu menyebabkan air Sungai Tembeling melimpah masuk ke kawasan rumah, kedai kopi, kedai runcit dan pusat inap yang terletak di pesisir sungai tersebut kemudian berulang semula pada 30 Disember lalu.

Bagaimanapun, segelintir penduduk di pesisir sungai cuma berpindah ke rumah saudara mara berdekatan sementara menunggu banjir surut.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya