Penduduk desak kerajaan negeri campur tangan atasi kemelut

Penduduk rayu penempatan baharu, desak kerajaan negeri campur tangan atasi kemelut

SEBAHAGIAN kain rentang yang dipasang penduduk mengenai nasib mereka yang kehilangan tempat tinggal di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Darat, Sungai Petani, Kedah. – FOTO/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Penduduk di Kampung Baru Pulau Tiga, Su­ngai Layar, Jalan Lencongan Darat di sini mendesak kerajaan negeri campur tangan segera bagi menyelesaikan masalah mereka yang kehilangan tempat tinggal selepas diarah mengosongkan rumah masing-ma­sing selewat-lewat­nya esok.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 19 Disember lalu selepas tanah seluas 44.2 hektar yang didiami seramai 30 keluarga lebih 40 tahun lalu didakwa milik seorang individu bergelar datuk.

Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Kampung Baru Pulau Tiga, Saheme Hashim, 54, ber­kata, penduduk mengharapkan masalah tersebut diselesaikan melalui meja perundingan de­ngan campur tangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

“Kami juga merayu kerajaan negeri agar menyediakan pe­nempatan baharu kepada penduduk di kampung tersebut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Utusan Malaysia semalam melaporkan kira-kira 30 keluarga di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Darat di sini hilang tempat tinggal selepas menerima notis dari Mahkamah Tinggi Alor Setar supaya mengosongkan tanah yang mereka diami selewat-lewatnya pada 3 Januari ini.

Sementara itu, tinjauan di kampung terlibat semalam mendapati penduduk bertindak memasang kain rentang termasuk merayu kerajaan ne­geri membantu menyelesaikan mereka itu.

Saheme memberitahu, sebelum ini wakil penduduk berusaha untuk bertemu dengan Muhammad Sanusi bagi mengetengahkan nasib mereka yang dihalau dari kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, usaha me­reka gagal apabila tidak dapat bertemu dengan Menteri Besar Kedah itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya