Penduduk berpindah ke tanah rizab sungai - Utusan Malaysia

Penduduk berpindah ke tanah rizab sungai

SEORANG penduduk, Maryamah Bari berdiri di hadapan rumahnya yang dirobohkan sebelum berpindah di lokasi lain di Kampung Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani, Kedah, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kira-kira 30 keluarga dari Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Barat di sini terpaksa menetap sementara di tanah ri­zab sungai di kampung tersebut.

Penduduk terlibat terpaksa membina rumah di tanah rizab sungai itu kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas diarah mengosongkan tanah yang diduduki sejak 40 tahun lalu selewat-lewatnya pada 12 Janua­ri depan.

Pada masa sama, kerajaan negeri memaklumkan pihak­nya mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan hingga setahun untuk menyediakan tempat penempatan.

Seorang penduduk, Mohd. ­Anuar Mat Nor, 51, berkata, beberapa penduduk mengambil keputusan tersebut selepas mereka tidak mempunyai tapak lain untuk membina semula rumah

Dia juga sedang melakukan kerja-kerja merobohkan rumah yang didiami sebelum ini untuk dipindahkan di tapak baharu.

“Sebahagian kayu dan papan rumah yang dirobohkan dan barang- barang lain perlu dipindahkan ke tempat lain sebelum 12 Januari ini,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Muhamad Ali Aziz, 63, berkata, dia dan keluarga sedih apabila terpaksa menghadapi situasi yang tidak pernah disangkakan itu.

“Pada masa ini penduduk buntu mencari tapak rumah baharu dan terpaksa membina semula rumah di tepi sungai,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ramli Mat, 48, berkata, penduduk juga terpaksa mengeluarkan per­be­lanjaan untuk proses membina semula tanah termasuk kos me­nimbun tanah untuk tapak rumah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya