Penduduk berang pengunjung buang sampah di Taman Tasik Banting Baru

Penduduk berang pengunjung buang sampah di Taman Tasik Banting Baru

HISHAM Talib (depan) dan penduduk setempat menunjukkan keadaan Tasik Banting Baru yang kembali kotor selepas dibersihkan beberapa bulan lalu di Banting Baru, Kuala Langat, Selangor. – FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Penduduk Ban­ting Baru di sini kesal dengan segelintir pengunjung di Taman Tasik Banting Baru di sini yang tidak bertanggungjawab berterusan membuang sampah ke dalam ke dalam tasik di kawasan riadah berkenaan.

Tasik tersebut kembali kotor selepas dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan PBT) bebe­rapa bulan lalu.

Seorang penduduk, Hisham Talib, 62, berkata, beliau berharap tasik yang menjadi tum­puan masyarakat untuk beriadah dibersihkan secara berkala bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pengunjung.

“Tasik Banting Baru ini sebenarnya kolam takungan air hujan dan menjadi tempat riadah penduduk sekitar pagi dan petang. Kini ia semakin kotor ke­rana tangan-tangan pihak tidak bertanggungjawab.

“Selepas dibersihkan pihak berkuasa tempatan, kini botol-botol minuman pelbagai saiz dan bekas makanan kembali dibuang ke dalam tasik. Ada juga yang melampau membuang rangka motosikal,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Hisham berkata, selain di­buang di dalam tasik, botol-botol kosong turut dibuang di atas tebing sekitar tasik tersebut.

Katanya, pihaknya juga mendapati ikan-ikan yang mati yang timbul, tersadai di tepi tebing menerbitkan aroma busuk yang memualkan.

“Tasik Banting Baru ini cantik dan memberi ketenangan kepada penduduk di sini untuk membawa anak beriadah, tetapi disebabkan pencemaran sampah di dalam tasik dan kawasan sekitar orang ramai mula menjauhi kawasan ini.

“Saya juga bimbang dengan kawasan tebing yang semakin terhakis disebabkan faktor alam semulajadi.Terdapat lubang-lubang air yang berpotensi didiami haiwan seperti ular dan biawak,” katanya.

Tinjauan wartawan mendapati, kawasan tasik tersebut tercemar dengan botol-botol kosong dan bangkai ikan berbau busuk menyebabkan udara sekitar berbau busuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya