'Pendekar Melayu' di bumi Gaza - Utusan Malaysia

‘Pendekar Melayu’ di bumi Gaza

MUHAMMAD Nadir Al-Nuri bersama rakan mengenakan baju Melayu ketika bersiar-siar di sebuah pasar di Gaza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: “Sekali-sekala kena ingatkan juga penduduk di Gaza, ada (di sini) pendekar Melayu”.

Demikian coretan santai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menyelitkan gambar beliau mengenakan baju Melayu dan tanjak ketika bersiar-siar di sebuah pasar dekat sini.

Beliau kemudiannya menulis: “Kalau dulu setiap kali nampak kita depa (mereka) akan kata, Jackie Chan, Jackie Chan. Sekarang depa kenal dah, eh Malizi Malizi (orang Malaysia). Sikit-sikit kita bawa mereka kenal negara kita sebab kita kan bersaudara”.

Di sini lain, beliau dalam hantaran terbaharu di Facebook bercerita, penjajah (rejim zionis) bertindak memusnahkan bumi Gaza.

“Dan kita membangunkan semula. Itulah perjuangan kita, untuk menyatakan kepada musuh, walaupun engkau cuba menghancurkan kehidupan kami, kami tetap akan bangkit lagi dan lagi,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya