Pendarahan teruk selepas swab test? - Utusan Malaysia

Pendarahan teruk selepas swab test?

ANTARA gambar yang dimuat naik Syafiq Ali Matar di Kumpulan Facebook Tanah merah Di Hatiku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang netizen menggunakan nama Syafiq Ali Matar mendakwa, dia terpaksa berdepan dengan pendarahan serius selepas dipercayai  melakukan ujian saringan Covid-19.

Perkara itu dikongsikan Syafiq Ali Matar di laman media sosial hari ini yang turut menyertakan gambar kesan pendarahan yang dialaminya. 

“Ini kesan swab test aku. Doktor jolok macam mana entah. Sampai kena pergi wad kecemasan. Tiga hari masuk wad, dua kali kena pembedahan. 

“Sampai sekarang tak dapat nak makan sangat sebab tekak perit sebab dia (doktor) masukkan tiub dalam tekak semasa pembedahan. takut tak dapat nak bernafas sebab lemas dengan darah hok tubik (yang keluar),” tulisnya dalam satu hantaran di laman Kumpulan Facebook Tanah Merah Di Hatiku. 

Sementara itu, netizen menggunakan nama Maria Alieyza mempersoal ujian saringan itu boleh mengakibatkan kejadian sebegitu. 

“Macam mana boleh swab jadi macam itu? Swab biasanya sikit saja bukan guna benda tajam. Pelik ini? Hospital mana yang melampau sangat itu?,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen yang lain turut mendoakan buat pemuda tersebut.

“Subhanallah. Semoga cepat sembuh,” ujar Salasiah C. Sal.

“Semoga cepat sembuh boss,” doa Amad Karim. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya