Pemilik bengkel ditahan curi komponen kereta pelanggan - Utusan Malaysia

Pemilik bengkel ditahan curi komponen kereta pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik bengkel cat kereta dan enam pekerja warga asing ditahan selepas terbabit dalam kes curi komponen kenderaan di Taman Keramat, di sini pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua suspek berusia 21 hingga 60 tahun ditahan di sekitar Ampang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian bermula apabila seorang peniaga berusia 50 tahun menghantar kereta Proton Putra ke bengkel itu pada 18 Disember lalu.

Kata beliau, mangsa pergi semula ke bengkel itu untuk mengambil semula keretanya pada pukul 12.30 tengah hari sebelum mendapati beberapa komponen di dalam kereta hilang dipercayai dicuri.

“Pada hari yang sama mangsa mengambil keretanya kerana bimbang ada barang lain akan hilang dan terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Farouk, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1952.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1952 dan Seksyen 55 (b) akta sama.

“Siasatan juga sudah berada peringkat akhir dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya