Pembesaran Pelabuhan Kemaman siap 2025, lonjak kapasiti kargo kepada 33 juta tan - Utusan Malaysia

Pembesaran Pelabuhan Kemaman siap 2025, lonjak kapasiti kargo kepada 33 juta tan

WEE Ka Siong (dua dari kiri) melihat cadangan pelan pembangunan Pelabuhan Kemaman di Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Projek pembesaran Pelabuhan Kemaman di sini yang dijangka siap pada 2025 bakal melonjak kapasiti pengendalian kargo kepada 33 juta tan metrik setahun, berbanding tujuh juta tan metrik, sedia ada.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pembangunan jangka panjang itu antara lain melibatkan penambahan dermaga dan kemudahan-kemudahan baharu termasuk peralatan bagi menampung keperluan pengguna pelabuhan di masa akan datang.

Katanya, kerja-kerja pembesaran Pelabuhan Kemaman yang diterajui Lembaga Pelabuhan Kemaman dan Konsortium Pelabuhan Kemaman itu dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama tahun ini melibatkan pemasangan empat buah kren bernilai RM100 juta.

“Pelabuhan Kemaman menunjukkan peningkatan dalam pengendalian kargo tahunan, daripada cuma cuma juta tan metrik pada 2011 hingga mencecah lapan juta tan metrik pada 2019. Walaupun sedikit menurun berikutan Covid-19, unjuran menjangkakan kenaikan kepada 5.7 juta tan metrik pada tahun ini, disusuli dengan 6.2 juta tan metrik (2023), 17.9 juta tan metrik (2024) dan 24.4 juta tan metrik (2025).

“Pembesaran Pelabuhan Kemaman dalam masa sama bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia di samping memangkin ekonomi daerah ini hingga tempias turut dirasai di kawasan sekitar,” katanya ketika lawatan kerja semalam.

Ka Siong percaya semua pihak giat mengambil langkah-langkah tertentu untuk menggalak dan meningkatkan lagi pelaburan langsung asing di Terengganu dengan menjadikan Pelabuhan Kemaman sebagai pintu masuk perdagangan dan perindustrian ke negeri ini.

Katanya, Pelabuhan Kemaman akan menerima pelabur baharu iaitu Syarikat JXR Manufacturing yang bakal mengambil alih kilang Perwaja dan dijangka beroperasi pada 2024 dengan pengendalian sebanyak 7 juta tan metrik kargo.

Di samping itu, katanya, syarikat Eastern Steel Sdn. Bhd. (ESSB) yang merupakan pengguna utama pelabuhan berkenaan akan turut melaksanakan pembesaran kilang sekali gus meningkatkan pengendalian kargo kepada lima juta tan metrik setahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya