Pemberian dos penggalak bakal capai 10 juta - KJ - Utusan Malaysia

Pemberian dos penggalak bakal capai 10 juta – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan pemberian dos penggalak bakal mencapai 10 juta minggu depan.

Katanya, ini berdasarkan jumlah keseluruhan pemberian dos penggalak yang mencapai 8,806,581 setakat semalam.

“Hampir sembilan juta dos penggalak telah diberikan setakat ini. Kita menjangkakan jumlah pemberian dos penggalak melepasi 10 juta minggu depan.

“Ini hasil daripada program dos penggalak yang dipercepat dan ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP), menyebabkan kapasiti hospital terus berada dalam keadaan terkawal walaupun terdapat peningkatan kes import Omicron,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Malah, katanya, kes harian positif Covid-19 melebihi 3,000 kes sebelum program dos penggalak dimulakan di Sarawak pada Oktober tahun lalu.

“Kini, kes harian sudah menurun kepada dua angka, dengan setiap penunjuk (dalam data) menyaksikan penurunan melebihi 90 peratus sejak September. Jadi, dapatkanlah dos penggalak,” katanya.

Minggu lalu, beliau berkata, sebanyak empat pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 mega di Lembah Klang akan mula beroperasi esok untuk menawarkan suntikan dos penggalak dalam usaha meningkatkan kadar pengambilan bagi dos ketiga itu.

Empat PPV mega itu adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), PPV Axiata Arena Bukit Jalil, PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya