Pembentukan awan ribut kecil punca ribut  - Utusan Malaysia

Pembentukan awan ribut kecil punca ribut 

STRUKTUR bumbung kediaman selepas dilanda ribut di Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembentukan awan ribut petir yang bersaiz sangat kecil dan kuat antara punca berlaku kejadian ribut berserta hujan lebat serta angin kencang di Perak semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah  berkata, kejadian yang bersifat setempat serta bersaiz sangat kecil itu meningkatkan intensiti dengan sangat cepat dan amat sukar untuk diramal.

“Kejadian ribut petir dan angin kencang dilaporkan berlaku di daerah Kinta, Perak sekitar pukul 6.30 petang semalam dan berdasarkan imej radar serta satelit, beberapa tompok awan hujan kecil terbentuk di sempadan Perak dan Pahang pada pukul 5.50 petang.

“Tompokan awan juga tidak berkembang dengan ketara, namun awan hujan bersaiz kecil di daerah Kinta meningkat ke intensiti kuat dalam tempoh yang sangat singkat sekitar pukul 6.20 hingga 6.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, jabatan itu sudah mengeluarkan amaran untuk kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang membabitkan kawasan Perak bermula pukul 3.40 petang, semalam.

Maklumat itu katanya, dikemas kini pada pukul 6.55 petang dan 7.55 malam membabitkan beberapa daerah di Perak berdasarkan maklumat dan analisis cuaca terkini dan disebarkan melalui pelbagai medium sebaran rasmi MetMalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya