Pembenihan awan jika Tasik Bukit Merah terus surut - Utusan Malaysia

Pembenihan awan jika Tasik Bukit Merah terus surut

RAZMAN Zakaria (depan) meninjau sistem peparitan di Jalan Taliair Kiri Tebuk Panchor dekat Bagan Serai, Perak hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri akan melakukan pembenihan awan jika paras air di Empangan Tasik Bukit Merah dekat sini semakin surut berikutan cuaca panas dan kering.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, ini kerana keadaan itu boleh menjejaskan jadual penanaman padi tahun ini.

Berikutan itu kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) bagi mencari menyelesaikan masalah itu.

“Kita telah bermesyuarat dengan agensi yang berkaitan dan beberapa solusi telah dicapai dalam mesyuarat tersebut.

“Antaranya jika paras atau takungan air di Kolam Bukit Merah masih berada pada tahap kritikal dan tiada hujan sehingga pertengahan Februari ini, kita mohon untuk melakukan pembenihan awan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa membuat tinjauan sistem peparitan di sekitar kawasan Gunung Semanggol dan Selinsing dekat sini hari ini.

Menurut Razman, sekiranya pembenihan awan tidak berjaya, kerajaan negeri terpaksa menjadualkan semula jadual pengairan bagi menyalurkan air ke kawasan sawah.

“Sekiranya penjadualan ini terpaksa dibuat maka akan berlaku anjakan dalam jadual sawah padi yang lain bagi musim penanaman padi tahun ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan hari ini dilakukan berikutan lima buah kampung antaranya Tebuk Panchor, Parit 5 Kubu Gajah, Tebuk Haji Dollah dan Kampung Dew yang menghadapi masalah peparitan.

Ini menyebabkan kawasan itu sering berlaku banjir selain kawasan sawah tidak dapat menerima air sepenuhnya untuk memulakan tanaman.

Mengenai masalah itu, Razman berkata, ia telah lama berlaku di kampung terlibat.

“Untuk itu, kerajaan negeri meminta JPS dan IADA segera membuat laporan lengkap berkaitan perkara ini.

“Laporan lengkap itu supaya kerajaan negeri dapat memberi fokus sepenuhnya untuk melihat apakah pelan tindakan yang sesuai bagi jangka masa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah perparitan ini” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya