Pembaikan paip pecah selesai - Utusan Malaysia

Pembaikan paip pecah selesai

KERJA-KERJA pembaikan paip air pecah di Seksyen 15 di Shah Alam, Selangor selesai dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerja-kerja pembaikan paip di Seksyen 15 di sini yang pecah akibat kerja pembangunan jalan oleh pihak ketiga berdekatan Lebuhraya Persekutuan sudah diselesaikan.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air akan disalur berperingkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya hari ini.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas yang mengutamakan premis kritikal sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual.

Mengulas lanjut, orang ramai diminta mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

“Air Selangor juga ingin menasihati pengguna untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya.

Terdahulu, insiden paip pecah berpunca kerja pembangunan jalan oleh pihak ketiga menjejaskan bekalan air di 142 kawasan di Petaling dan Klang.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan laman sesawang www.airselangor.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya