Pelanggan bersesak rebut barang promosi, pengurus pasar raya dikompaun - Utusan Malaysia

Pelanggan bersesak rebut barang promosi, pengurus pasar raya dikompaun

TANGKAP layar video orang ramai berebut dan bersesak membeli barangan minuman promosi di sebuah pasar raya di Sitiawan, kelmarin. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis mengeluarkan kompaun terhadap seorang pengurus sebuah pasar raya dekat sini selepas tular gambar pelanggan berebut mendapatkan barangan promosi tanpa penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, terdahulu tular dua video masing-masing berdurasi 30 dan 11 saat yang dimuat naik oleh pemilik Facebook ‘We are Malaysian’ yang memaparkan orang ramai bersesak dan berebut bagi membeli barangan minuman yang dijual murah.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Medan Sejahtera, Jalan Lumut, Sitiawan, antara pukul 9 hingga 9.30 pagi pada Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Nor Omar memberitahu, pasukan polis bersama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung memanggil pihak pengurusan pasar raya tersebut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, satu kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan terhadap pengurus pasar raya itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis di bawah Akta 342.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat pelanggaran SOP boleh menghubungi bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya