Pelajar Komunikasi USM anjur bengkel percuma penjenamaan peribadi -

Pelajar Komunikasi USM anjur bengkel percuma penjenamaan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi membantu belia mempersiapkan diri menghadapi persaingan semasa mencari pekerjaan pada masa akan datang, NETHICS, sebuah kempen sosial secara atas talian yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan sebuah bengkel membina penjenamaan peribadi, WorkSpace yang diadakan pada 9
Januari 2022.

Pengarah Projek Kempen NETHICS, Larissa Lorelle Christian dalam satu kenyataan memberitahu, NETHICS mahu memberi kesedaran tentang etika media sosial yang betul, menerapkan amalan penjenamaan peribadi yang profesional serta membendung isu gangguan siber dalam kalangan belia.

Menurutnya, WorkSpace merupakan bengkel percuma yang dijalankan menerusi platform Cisco Webex bermula pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari dan dihadiri oleh 110 orang peserta.

“WorkSpace bertujuan untuk berkongsi kepentingan penjenamaan peribadi serta tips untuk meningkatkan penjenamaan peribadi pengguna melalui platform media sosial seperti LinkedIn.

“Kewujudan media sosial membenarkan kita menjadi seseorang yang sentiasa kehadapan, namun ia akan berubah menjadi sebaliknya sekiranya kita menggunakan dengan cara dan tujuan yang salah. Oleh itu, bengkel WorkSpace akan membantu pengguna membina resume profesional menerusi media sosial,” kata  Larissa.

Mentor jemputan bagi WorkSpace merupakan pakar dalam bidang pemasaran, iaitu Krista Goon, Pengasas Bersama agensi pereka laman web, Redbox Studio dan Khushboo Nangalia, Pengasas agensi pemasaran digital, BEYOND99.

Krista memulakan sesinya dengan membincangkan mengenai Building a memorable personable brand for 2022 and beyond.

Salah satu daripada langkah pertama dalam membina penjenamaan peribadi ialah mengenal pasti identiti diri yang kita ingin tunjukkan.

Krista menekankan bahawa adalah penting untuk mendapatkan pengalaman tertentu atau peluang dan mempamerkannya pada profil dalam talian anda. Cik Krista juga menasihati peserta “Anda mahu diingati dan dihargai disebabkan kemahiran atau keupayaan unik anda”.

Dengan menunjukkan  skil milik anda, profil anda juga akan menjadi lebih menonjol dan menarik minat bakal majikan.

Bengkel diteruskan dengan perkongsian Cik Khushboo mengenai cara mempersembahkan diri dengan betul untuk belia yang mencari peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri di LinkedIn.

Sangat mengejutkan bahawa terdapat 800,000 pelajar berada di platform tersebut.

Pasti kita tertanya, mengapa perlu untuk pelajar menggunakan platform ini yang rata-ratanya dipenuhi oleh warga pekerja? Soalan ini dijawab dengan baik sekali oleh Khushboo dalam sesinya dimana beliau menerangkan bahawa pelajar yang menggunakan platform LinkedIn adalah mereka yang sentiasa menunjukkan minat untuk belajar, memberikan inspirasi dan membentuk hubungan dengan individu yang sudah berjaya dalam industri masing-masing.

Beliau juga berkongsi tips teknikal yang berguna seperti kepentingan gambar profil dan banner yang baik untuk menonjolkan diri di LinkedIn.

“Dalam membina penjenamaan peribadi, menjadi diri sendiri adalah kunci utama
untuk berjaya,” tegas Khushboo.

Perkara ini amat penting buat belia di luar sana untuk tidak melupakan diri mereka yang sebenar apabila sedang membina nama di platform atas talian ini.

Bengkel WorkSpace ini sangat bermanfaat dan memberi pengetahuan mengenai penjenamaan peribadi.

Oleh itu, NETHICS berharap semua belia di Malaysia merebut peluang untuk membina penjenamaan peribadi melalui media sosial.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web rasmi kami di https://nethicsusm.wixsite.com/nethicsusm atau hubungi Dhanya Balan | Pengarah Perhubungan Awam | [email protected] | 017-5979924

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya