Pekasam resipi anak Kedah laris di Kelantan - Utusan Malaysia

Pekasam resipi anak Kedah laris di Kelantan

HAZURA Abdullah menunjukkan Ikan Pekasam Resipi Bonda di kiosnya yang terletak di KALA Sentral di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Musim tengkujuh di Kelantan baru-baru ini ibarat durian runtuh bagi seorang pe­ngusaha ikan pekasam dari Kampung Berlian, Tumpat apabila hasil jualannya naik mendadak sehingga tiga kali ganda.

Sejak bah melanda November lalu, hasil jualan Pekasam Resipi Bonda yang diusahakan Hazura Abdullah, 41, mencecah RM3,000 sebulan berbanding sekitar RM800 hingga RM1,000 sebelum ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hazura yang membuka kios di Kelantan Authentic Lifestyle and Arts (KALA) Sentral di Dataran Muhammadi, di sini berkata, pekasam itu diusahakan sejak lapan tahun lalu menggunakan resipi ibunya, Siti Fatimah Yaakub, 69.

Ia merupakan resipi turun-temurun keluarga Siti Fatimah yang berasal dari Kedah.

“Saya bermula dengan cara berniaga kecil-kecilan dulu. Selepas dapat permintaan menggalakkan termasuk pe­langgan dari luar Kelantan, saya bertekad membesarkan lagi perniagaan.

“Pada hari biasa saya hasilkan 10 kilogram ikan pekasam setiap tiga kali seminggu dan proses perapan mengambil masa hingga 30 hari. Sepanjang musim bah ini, saya perlu hasilkan 30 kilogram ikan pekasam setiap sesi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hazura dalam pada itu memberitahu, jenis ikan air tawar yang dijadikan pekasam antaranya ialah lampam, sepat, puyu, haruan manakala jenis ikan air masin pula kerisi, selar kuning dan gelama.

Ikan pekasam tersebut dijual pada harga RM6 sebungkus dan dia kini turut melebarkan sayap di luar Kelantan dengan menggunakan khidmat ejen jualan di Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya