Pasangan kekasih curi motosikal dicekup  - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih curi motosikal dicekup 

BEBERAPA komponen motosikal yang telah dileraikan yang ditemui di rumah salah seorang suspek mencuri motosikal di Sungai Ara, Pulau Pinang. -Fb PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Tindakan licik pasangan kekasih dipercayai menjalankan kegiatan mencuri motosikal di kawasan Bayan Lepas di sini akhirnya terbongkar selepas diberkas  polis dalam dua serbuan di Bukit Gedung dan Sungai Ara semalam. 

Operasi yang diketuai Ketua Polis Balai Bayan Lepas, Inspektor Mohd. Noor Fierdaus Che Othman kira-kira pukul 3.45 pagi itu  turut menahan seorang suspek lelaki dipercayai kenalan pasangan tersebut. 

Penahanan ketiga-tiga suspek berusia antara 18 hingga 30-an itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung kehilangan motosikal jenis Yamaha Y15ZR miliknya kurang tempoh 24 jam. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam tangkapan tersebut polis turut menjumpai rangka dan beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan di  rumah salah seorang suspek di Sungai Ara. 

“Siasatan lanjut juga mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik,” katanya di sini hari ini. 

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya