Pas tidak kompromi ahli jual beli sijil vaksin palsu - Utusan Malaysia

Pas tidak kompromi ahli jual beli sijil vaksin palsu

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas tidak berkompromi jika ada kalangan ahlinya terlibat dalam aktiviti penjualan atau pembelian sijil vaksinasi Covid-19 palsu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mana-mana ahli yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan di peringkat parti sekiranya ada laporan dibuat.

“Jika ada ahli-ahli Pas yang terlibat kes termasuk rasuah, kita terbuka agar mereka disiasat kerana mahu membersihkan nama parti.

“Apabila laporan dibuat kepada parti, tindakan disiplin akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Baru-baru ini, polis Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu yang dipercayai dilakukan seorang doktor klinik swasta di daerah ini.

Suspek berusia 51 tahun itu dipercayai menawarkan perkhidmatan itu sejak September lalu selepas premisnya di Marang diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya