PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa partinya tidak boleh dikongkong oleh UMNO dengan mengehadkan kemasukan parti lain dalam Muafakat Nasional (MN). Beliau berkata, Pas pernah bersama UMNO menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak berfungsi secara berasingan dan memerlukan tajdid (pembaharuan) terhadap BN yang telah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Maka, Perikatan Nasional (PN) ialah pembaharuannya dalam bentuk yang lebih besar. “Justeru, Pas tidak boleh dikongkong dengan hanya bersama UMNO sahaja. Kita telah memulakan langkah dengan menubuhkan kerajaan bersama dalam gagasan PN yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya