PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin telah meninggal dunia pada pukul 3.22 petang semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, Datin Awateff Khalil kepada Utusan Malaysia.
“Salam, dukacita dimaklumkan Datuk Prof. Dr. Amir telah meninggal dunia,” katanya.
Selain menjadi pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham pernah menjadi tenaga pengajar di beberapa institut pengajian tinggi (IPT) malah bergiat menjadi kolumnis di beberapa surat akhbar.
Beliau pernah memberikan idea dan pandangan berhubung nasib orang Melayu termasuk membabitkan masa depan Kampung Baru, Kuala Lumpur. – UTUSAN