PETALING JAYA: “Pakai kemeja putih kerja pun salah?”
Demikian soalan yang dilontarkan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman sebagai maklum balas kepada sebuah portal yang mempertikaikan tindakannya memakai kemeja ketika mendapatkan dos ketiga vaksin Covid-19.
Portal itu mempertikaikan mengapa Syed Saddiq tidak memakai pakaian bersesuaian ketika mendapatkan dos vaksin yang dipetik melalui lama Instagram miliknya.
Ia memaparkan Syed Saddiq membuka kemeja putihnya dan menutup bahagian badan ketika disuntik.
Dalam pada itu, Syed Saddiq memberitahu, ketika itu beliau baharu sahaja pulang daripada wawancara dengan media berkenaan misi banjir.
“Seriously. Don’t you have anything better to do? (Seriuslah. Adakah kamu tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan?)” Soalnya dalam ciapan di Twitter.