Orang ramai berang sistem Maybank tergendala lagi - Utusan Malaysia

Orang ramai berang sistem Maybank tergendala lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai merungut selepas semua perkhidmatan perbankan Maybank seperti perkhidmatan web dan perbankan mudah alih tergendala berikutan mengalami gangguan transaksi sejak pagi tadi.

Seorang pengguna yang menggunakan nama @mohdfarizwan3 berkata, dia tidak dapat menggunakan sistem perbankan Maybank terutamanya untuk melakukan transaksi kepada pihak ketiga.

“Maybank tolong lah jangan buat gangguan, hari gaji banyak komitmen yang nak kena bayar, kalau sudah begini masalahnya, macam mana kami nak bayar hutang-hutang semua ini,” ciapnya di laman twitter rasmi bank itu hari ini.

Dalam hantaran itu, pihak Maybank memaklumkan, sistem perbankannya sedang mengalami sedikit gangguan di laman web Maybank2u.

“Sebagai alternatif, anda boleh melakukan transaksi perbankan anda pada aplikasi MAE dan aplikasi M2U MY.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” jelasnya.

Bagaimanapun, pengguna menggunakan nama @Ameera_Wong berkata: “Saya cuba melakukan transaksi pemindahan wang melalui aplikasi MAE, namun gagal”.

“Ayuh Maybank, anda patutnya menjadi antara yang terbaik di Malaysia. Tolong jangan jadi macam CIMB,” jelas @akmalhayazy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya