Op Ambang Tahun Baharu: 174 saman dikeluarkan, tiga lelaki ditahan di NS - Utusan Malaysia

Op Ambang Tahun Baharu: 174 saman dikeluarkan, tiga lelaki ditahan di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 174 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Ambang Tahun Baru 2022 yang dijalankan di sekitar negeri ini bermula pukul 8 malam tadi hingga pukul 3 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, selain itu, sebanyak 33 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan 53 Notis JPJ  dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan. 

Menurutnya, tiga individu ditahan di lokasi kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

“Daripada jumlah individu yang ditahan, seorang lelaki berusia sekitar 43 tahun ditahan di Jalan Lingkaran Tengah, Seremban kerana  memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol. Dua orang lelaki berumur sekitar 24 hingga 38 tahun ditahan di Kilometer 19 Jalan Seremban-Tampin di Rembau selepas saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 289 buah kenderaan dari pelbagai jenis dan 325 individu telah diperiksa dalam operasi tersebut. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya