Nor Aishah hasilkan 8,000 kuih bakul - Utusan Malaysia

Nor Aishah hasilkan 8,000 kuih bakul

NOR Aishah Nazir menunjukkan kuih bakul dihasilkan di kedainya di Pasir Puteh, Kelantan yang laris setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: ‘Kuih bakul Me­layu’.

Demikian nama yang ‘melekat’ pada produk kuih bakul diusahakan Nor Aishah Nazir di sini.

Walaupun diberikan julukan sedemikian, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Nor Aishah ‘tak menang tangan’ apabila menghasilkan 8,000 makanan tradisi itu.

Difahamkan, pelanggan berketurunan Tionghoa memi­lih kuih bakul diusahakannya kerana yakin dengan status halal, sekali gus membolehkan mereka menghidangkannya kepada tetamu beragama Islam.

Nor Aishah, 37, yang merupakan usahawan bimbingan Risda memberitahu Utusan Malaysia, bagi memastikan tempahan siap dalam masa ditetapkan, dia bertungkus-lumus menghasilkan kuih bakul sejak tiga ming­gu lalu.

Pemilik Kedai Kek dan Roti Seringgit itu berkata, selain 8,000 biji kuih bakul yang ditempah pelanggan dari seluruh negara, dia turut menyediakan stok tambahan lebih 500 biji lagi bagi permintaan pembeli tempatan.

“Kebanyakan pembeli Cina kata kuih bakul saya memberi keyakinan kepada mereka untuk dijadikan juadah selain diagihkan sebagai buah tangan kepada sahabat Melayu.

“Ini tahun ketiga saya menghasilkan kuih bakul. Perniagaan kuih ini hanya dijalankan menjelang Tahun Baharu Cina.

“Tahun ini jumlah tempahan naik sekali ganda berbanding tahun lalu sebanyak 4,000 biji kuih. Ia akan dikirim secara pos kepada pembeli di seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN