Nelayan didakwa seludup warga Myanmar - Utusan Malaysia

Nelayan didakwa seludup warga Myanmar

MAHMUD SULAIMAN (baju merah) dibawa keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kuala Perlis pada 24 Disember lalu.

Mahmud Sulaiman, 51, didakwa di hadapan Hakim Musyiri Peet, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mahmud didakwa melakukan penyeludupan migran di perairan Sungai Kuala Perlis kira-kira pukul 9.20 malam.

Tertuduh didakwa menjadi operator sebuah bot sampan fiber tanpa nombor pendaftar terlibat dalam penyeludupan dua warga Myanmar iaitu seorang lelaki, Wei Yan, 15, dan seorang wanita, Pan Par, 20.

Mahmud didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd Yatim, manakala Mahmud diwakili peguam, Nur Shaqira Ibrahim.

Sementara itu, Musyiri menetapkan 3 Februari untuk lantikan jurubahasa bagi kedua-dua warga Myanmar yang merupakan adik-beradik.

Tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya