KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan Antlers menghampakan Ultras Johor yang hadir di Stadium Titiwangsa dengan menewaskan Johor Tigris dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 sebentar tadi.
Skuad rusa itu menang 21-16 di set pertama selepas bijak memperdayakan Johor dalam melakukan serangan balas.
Bagaimanapun, pasukan harimau selatan itu menunjukkan kebangkitan di set kedua dengan meraih kemenangan 21-18.
Stadium Titiwangsa yang dimeriahkan dengan sokongan dari Ultras Johor, tidak mengganggu persembahan Negeri Sembilan apabila tenang memenangi set penentuan dengan keputusan 21-16.
Setakat ini, Negeri Sembilan menduduki tangga kelima liga dengan mencatat empat kemenangan dan tiga kekalahan dalam saingan musim ini. – UTUSAN ONLINE