Neelofa selamat melahirkan anak lelaki - Utusan Malaysia

Neelofa selamat melahirkan anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Neelofa, selamat melahirkan cahaya mata sulung, pukul3.44 petang, kelmarin.

Perkhabaran gembira tersebut dimaklumkan suami tercintanya, Muhammad Haris Ismail yang dikenali sebagai PU Riz, menerusi satu kenyataan.

Haris turut merakamkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana segala urusan mereka saat menimang cahaya mata sulung, dipermudahkan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami, Muhammad Bilal Muhammad Haris pada 29 Januari 2022, pukul 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, dia dan isteri menzahirkan penghargaan buat semua yang meniupkan doa yang baik-baik buat mereka.

Haris juga berkesempatan memohon agar orang ramai
turut menitipkan doa buat bayinya agar menjadi khalifah yang memberi kebaikan kepada agama dan negara.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata. Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu.

“Mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya panjang.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu, di hotel terkemuka di ibu kota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya