Nazmi lega dapat pasukan baharu - Utusan Malaysia

Nazmi lega dapat pasukan baharu

BARISAN pemain Perak FC yang bakal mengharungi Liga Perdana musim 2022, masih menjadi tanda tanya buat peminat Bos Gaurus. - Foto ihsan Perak FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Nazmi Ahmad antara lapan pemain yang tiada dalam perancangan Perak FC bersyukur kerana pasukan UiTM FC menawarkan tempat untuknya.

Nasib Nazmi berubah apabila UiTM mahu meminjamnya sebaik sahaja dia selesai berunding dengan pasukan Liga M3, Manjung City FC.

“Memang saya sudah bersedia menyertai Manjung City memandangkan tiada pasukan yang mahukan saya.

“Begitupun Allah Maha Kaya. Syukur… saya masih berpeluang mengembangkan kerjaya bola sepak saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nazmi, 24 dia mengetahui bahawa akan dipinjamkan selepas namanya disenaraikan bersama tujuh pemain lain di papan putih untuk status dipinjamkan.

“Semua kena cari pasukan baharu. Kelab baharu yang menghantar surat kepada Perak FC barulah perbincangan diadakan,” katanya.

Tambah, Nazmi hampir semua pemain sudah mendapat pasukan baharu sekaligus mereka dapat meneruskan karier sebagai pemain.

“Jika adapun mungkin seorang atau dua yang belum ada pasukan. Saya tidak tahu nasib mereka.

“Saya tidak mahu bersangka buruk dan menganggap rezeki saya tiada bersama Perak FC,” ujarnya yang akan menyertai pasukan baharunya itu sebaik sahaja segala urusan dokumentasinya selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya