Nasi putih dengan kuah bukan makanan RMT- Radzi - Utusan Malaysia

Nasi putih dengan kuah bukan makanan RMT- Radzi

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menjelaskan, gambar nasi putih dan kuah yang tular, bukan makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 

“Wakil Kementerian Pendidikan telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan. 

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Menurut Dr. Radzi, makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja. 

“Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini. 

“Kementerian sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT. 

“Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” jelasnya. 

Terdahulu, tular di media sosial pelajar penerima RMT didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya memuat naik sekeping gambar makanan itu sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya