Nasi putih dan kuah kosong bukan bawah Program RMT - Radzi - Utusan Malaysia

Nasi putih dan kuah kosong bukan bawah Program RMT – Radzi

TANGKAP layar rungutan makanan RMT pengguna Facebook mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program itu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengesahkan hidangan nasi putih dan kuah yang tular sejak semalam bukan di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, wakil kementerian turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara itu.

Radzi berkata, kementerian sentiasa berusaha menambah baik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Menurutnya, buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya