Najib persoal ‘ugutan’ Pas, Bersatu

Ini nak tekan butang lagi ke apa? – Najib persoal ‘ugutan’ Pas, Bersatu

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mempersoalkan tindakan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Beliau berkata, ini kerana perlembagaan negeri memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar dan Sultan Johor, maka Perdana Menteri tiada kuasa untuk menghalang. 

“Ini nak tekan butang lagi ke apa? Perlembagaan negeri memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar dan Sultan Johor bagi pembubaran DUN negeri. 

“Perdana Menteri nak halang pun tak ada kuasa. Jadi, kenapa nak salahkan Ismail Sabri? Kenapa dia (Ismail Sabri) diugut pula?” Soal Najib.

Terdahulu, media melaporkan, Pas dan Bersatu hari ini mengingatkan kerajaan bahawa sokongan yang diberikan kepada Ismail Sabri bukanlah dibuat dengan begitu saja, sebaliknya bersyarat. 

Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sokongan yang diberikan sehingga memungkinkan UMNO dan Naib Presidennya itu menjadi kerajaan tertakluk kepada syarat tertentu.

Peringatan itu dipercayai berikutan kedua-dua parti menyatakan rasa tidak senang mereka atas tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertindak membubarkan DUN Johor bagi memberi laluan kepada negeri itu melaksanakan PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya