Najib fail afidavit balas Tommy Thomas, dakwa bekas AG tidak adil - Utusan Malaysia

Najib fail afidavit balas Tommy Thomas, dakwa bekas AG tidak adil

tommy thomas
TOMMY THOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan afidavit balas bagi permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Kerajaan Malaysia.

Katanya, afidavit itu dibuat bagi membalas tindakan Thomas dan kerajaan Malaysia yang memohon untuk membatalkan saman difailkan terhadap mereka oleh Najib.

“Pada hari ini, 20 Januari 2022, saya telah memfailkan satu afidavit untuk membalas afidavit Tan Sri Tommy Thomas dan afidavit kerajaan. Saya telah menyatakan berikut dalam afidavit saya.

“Permohonan untuk membatalkan tindakan saya adalah satu cubaan untuk menghalang dakwaan berkenaan kesalahan terhadap saya daripada didengar di mahkamah terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menganggap, penegasan Thomas dalam afidavitnya adalah tidak adil.

“Beliau (Thomas) membuat penegasan bahawa penetapan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa “semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” tidak terpakai kepada beliau setakat berkenaan pendakwaan terhadap saya.

“Adakah saya juga tidak diberikan perlindungan yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain? Fakta-fakta yang saya bergantung kepada adalah terkandung dalam afidavit saya dan akan didengar di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Thomas dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib yang menuntut ganti rugi hampir RM2 juta atas dakwaan beliau telah dituduh secara salah di mahkamah.

Permohonan tersebut dibuat atas alasan saman yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu merupakan satu serangan sampingan (collateral attack) untuk menghentikan semua perbicaraan dan kes yang dihadapinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya