‘Nahas lembu’ menjadi-jadi di Gua Musang - Utusan Malaysia

‘Nahas lembu’ menjadi-jadi di Gua Musang

JALAN Gua Musang-Kuala Krai terdedah dengan ‘nahas lembu’ kerana haiwan itu dibiarkan bebas berkeliaran oleh pemiliknya. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lembu antara punca utama kemalangan jalan raya di daerah ini apabila seba­nyak 81 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu membabitkan haiwan ternakan tersebut yang dibiarkan berkeliaran oleh pemiliknya.

Ketua Polis Daerah, Supe­rintenden Sik Choon Foo memberitahu Utusan Malaysia, secara purata, sebanyak tiga hingga 10 kes berkaitan pelbagai jenis kenderaan melanggar lembu dicatatkan dalam sebulan.

Kata beliau, kebanyakan ‘nahas lembu’ tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran kawasan Chiku dan Paloh.

“Antara laluan lain terma­suk Jalan Gua Musang-Jeli, Jalan Gua Musang-Kuala Berang serta jalan-jalan kampung sekitar Felda Aring, Felda Perasu, Kampung Chalil, Lebir, Limau Kasturi dan Panggong Lalat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Choon Foo dalam pada itu menasihatkan penternak tidak terus membiarkan lembu ternakan masing-masing bebas berkeliaran sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Selain mengancam nyawa pengguna jalan raya, penternak sendiri turut mengalami kerugian apabila haiwan ternakan mereka mati dirempuh kende­raan,” katanya.

Kata beliau, mana-mana penternak yang didapati meninggalkan binatang ternakan tanpa dikawal boleh dikenakan kompaun di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya