MELBOURNE : Rafael Nadal memahat sejarah pemain lelaki pertama merangkul gelaran Grand Slam ke-21 selepas meraih kejuaraan Terbuka Australia.
Kejayaan diraih Nadal tidak diberi jalan mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Daniil Medvedev sebelum berjaya menundukkan pemain No.2 dunia itu, 2-6,7-6,6-4,6-4,7-5 di Arena Rod Laver, sebentar tadi.
Aksi final itu berlangsung lima jam 24 minit disajikan dengan pelbagai drama oleh kedua-dua pemain di hadapan penyokong-penyokong yang hadir memenuhi setiap sudut stadium berkenaan.
Keputusan itu juga menyaksikan ia merupakan gelaran kedua buat Nadal di Terbuka Australia selepas kali pertama pemain Sepanyol berkenaan memenanginya pada tahun 2009.
Pemain berusia 36 tahun itu yang menduduki ranking keenam dunia itu, turut memiliki peluang dua kali untuk menambah kejuaraan di kejohanan tersebut namun tewas di tangan Novak Djokovic pada 2012 dan Roger Federer (2017).
Sebelum ini, Nadal berkongsi rekod 20 kejuaraan Grand Slam bersama-sama seteru utama, Novak Djokovic dan Roger Federer. – AGENSI