Muda lancar kutipan menangi PRN Johor

Muda lancar tabung untuk PRN Johor

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini melancarkan kutipan orang ramai bagi membantu parti itu menghadapi dan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Menerusi hantaran di laman Twitter hari ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman berkata, orang ramai boleh membantu parti dengan memberi sumbangan atau menjadi sebahagian daripada anggota sukarelawan pada pilihan raya negeri itu.

“Ini adalah permulaan kami. Bantu parti muda untuk menang PRN Johor 2022. 

“Menderma atau menjadi sebahagian daripada pasukan sukarelawan untuk pilihan raya ini. Semua perbelanjaan akan ditunjuk secara terbuka,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan, Muda secara rasminya akan bertanding pada PRN Johor nanti sekali gus menjadi permulaan bagi parti itu selepas pendaftaran diluluskan Disember tahun lalu.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa 22 Januari lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya