Muatan JCB jatuh dari lori, punca nahas lima kenderaan

Muatan JCB jatuh dari lori, punca nahas lima kenderaan

SEBUAH jentera JCB yang jatuh dari sebuah lori treler yang mengangkutnya telah menyebabkan nahas lima buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Pantai-Jelebu dekat Bukit Tangga, Seremban petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah jentera JCB yang jatuh dari sebuah lori yang mengangkutnya telah mengakibatkan nahas lima buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Pantai-Jelebu dekat Bukit Tangga petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 petang tadi melibatkan sebuah lori jenis Nissan, empat buah kenderaan lain iaitu Toyota Vellfire, Perodua Aruz, Perodua Alza dan Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori yang merupakan lelaki berusia 26 tahun membawa muatan JCB dari arah Jelebu menghala ke Pantai. Sampai di tempat kejadian pemandu telah hilang kawalan dan terbabas menyebabkan muatan JCB jatuh sebelah bahu kiri jalan.

“Lori tersebut terus bergerak ke hadapan dan melanggar kenderaan Toyota Vellfire dan Perodua Aruz yang bergerak di arah bertentangan. Ia menyebabkan kereta Perodua Aruz menggelongsor ke belakang dan melanggar sebuah Perodua Alza yang kemudian menggelongsor ke belakang dan melanggar sebuah Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fazley berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan seorang penumpang wanita berusia 41 tahun di dalam kereta Perodua Aruz telah mengalami kecederaan di bahagian dan kepala serta telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk menerima rawatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya