PUTRAJAYA: Tanggal 10 Januari lalu menjadi detik terindah buat pemuda mualaf yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Tan Mike Foong, 26, berasal dari Kuala Kubu Bharu meraih pencapaian itu selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mike Foong mengakui gembira dengan pencapaian itu kerana susah payahnya selama ini akhirnya berbaloi. “Saya akui amat berat untuk menghabiskan hafazan ini. Saya akan ulang balik mana yang tidak ingat dan akan hafal semula supaya lebih mantap,” katanya ketika dihubungi Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya