MPOB anjur seminar R&O - Utusan Malaysia

MPOB anjur seminar R&O

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2022 pada 13 Januari ini bertujuan menyebarkan maklumat berkaitan prestasi industri sawit tempatan pada tahun lepas, prospek pasaran dan tinjauan harga tahun ini.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin akan merasmikan seminar itu, yang merupakan salah satu platform MPOB untuk menyediakan maklumat terkini mengenai perkembangan industri minyak sawit.

“Bertemakan Industri Sawit: Melayari Cabaran Merangkul Peluang dalam Landskap Pasca-Covid-19, seminar itu akan memberi tumpuan kepada hala tuju industri sawit, pendekatan yang diambil oleh kerajaan, serta pembangunan perdagangan dan kesannya terhadap komodit, “ kata kenyataan tersebut.

Sebanyak sembilan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit tahun lepas, prospek pasaran dan tinjauan untuk 2022 akan dibentangkan.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir akan membentangkan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit pada 2021 dan prospek 2022.

Pakar minyak sawit Dr. Julian McGill dari LMC International Ltd akan menyampaikan kertas kerja mengenai harga minyak sawit pada 2021 dan tinjauan tahun 2022. 

Sementara itu, seorang lagi pakar industri, Dr Sathia Varqa akan berkongsi pendapatnya mengenai turun naik harga minyak makan dan faktor kelestarian pasaran minyak sawit.

Seorang lagi pakar industri U.R. Unnithan dari Persatuan Biodiesel Malaysia akan menyampaikan kertas kerja mengenai prospek industri biodiesel Malaysia manakala Mohamed Helmy Othman Basha dari Sime Darby Plantation akan membentangkan kertas kerja mengenai isu kekurangan buruh semasa pandemik global.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Ravi Muthayah akan menyampaikan kertas kerja mengenai peluang dan cabaran industri sawit semasa harga minyak sawit tinggi. 

DR, AHMAD PERVEZ

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Wan Aishah Wan Hamid pula akan berkongsi pendapatnya mengenai perubahan dinamik dasar minyak makan India dan kesannya terhadap permintaan minyak sawit.

“Seminar itu akan memberi peluang kepada para peserta untuk mengemas kini prestasi terkini industri minyak sawit, strategi pasca Covid-19 dan perkembangan pasaran,” kata Dr. Ahmad Parveez.

Penggiat industri tempatan, pengeksport, ahli ekonomi, penggubal dasar dan ahli akademik digalakkan untuk menyertai seminar ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar tersebut boleh melayari laman sesawang www.mpob.gov.my atau sila daftar melalui pautan berikut: http://apps.mpob.gov.my/application/cms/2022_01outlook.nsf/Conference%20Registration%20Web?OpenForm. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya