Motosikal tiada, duit RM5,500 lesap

Motosikal tiada, duit RM5,500 lesap

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bukan sahaja hasrat untuk memiliki sebuah motosikal berkecai malah seorang lelaki kerugian sehingga RM5,500 apabila tertipu dengan iklan penjualan kenderaan di laman sosial.

Mangsa berusia 22 tahun dan merupakan seorang penjaga stor sebuah syarikat kurier di Jalan Gambang dekat sini, berhasrat untuk membeli sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku pada 20 Januari lalu ketika mangsa melihat iklan penjualan motosikal itu di laman sosial Facebook.

Menurutnya, akibat berminat dengan tawaran iklan terbabit mangsa segera menghubungi jurujualnya yang memperkenalkan diri sebagai Firdaus.

“Akhirnya mangsa yang terpedaya dengan kata-kata manis suspek bersetuju dengan tawaran harga RM5,500 untuk membeli Yamaha 125Z. Selepas bertanyakan cara-cara pembayaran, mangsa segera membuat membuat transaksi dua kali di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). 

“Kemudiannya setelah pembayaran dilakukan, mangsa tidak dapat menghubungi suspek untuk bertanyakan dengan lebih lanjut cara mendapatkan motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Modus operandi suspek menperdaya mangsa dalam urusan penjualan motosikal yang tidak wujud menyebabkan rata-ratanya mengalami kerugian.

Sementara itu, Mohd. Wazir berkata, mangsa yang kecewa dan berasa tertipu dengan kejadian tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam. 

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya