Misteri ketukan pintu takutkan penduduk Tanjung Kling

Misteri ketukan pintu takutkan penduduk Tanjung Kling

NURULASNIDA Azhar menunjukkan tingkap cermin biliknya yang diganggu ketukan misteri sebanyak dua kali di Lorong Haji Mohd. Noor, Kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk di tiga buah kampung di Tanjung Kling kini berada dalam ketakutan berikutan misteri ketukan pintu tanpa salam berlaku sejak seminggu lalu dan semakin kerap berlaku beberapa hari kebelakangan ini.

Sehingga kini sebanyak 19 buah rumah mengalami ketukan misteri iaitu di Kampung Kelongkong, Kampung Balik Bukit dan Simpang Tanjong.

Tinjauan Mingguan Malaysia malam tadi mendapati, sebanyak empat buah rumah dikejutkan dengan ketukan tersebut yang berlaku selepas Maghrib hingga pukul 1.04 pagi, namun apabila ditinjau tiada kelibat manusia berada di situ.

Seorang penduduk, Nurulasnida Azhar, 34, berkata, sewaktu hendak tidur tingkap biliknya diketuk sebanyak dua kali menyebabkan dia dan suami terjaga lantas membuka tingkap.

Dia yang menetap di Lorong Haji Mohd. Noor, Kampung Balik Bukit memaklumkan, kejadian yang berlaku pukul 1.04 pagi itu bermula dengan satu ketukan yang amat perlahan, namun tidak diendahkannya sekeluarga.

“Tetapi bila ketukan kedua yang menggegar cermin tingkap, saya kejutkan suami serta lantas membuka tingkap tetapi tak nampak apa-apa.

“Saya ada dengar kejadian serupa berlaku di rumah mak cik, kebetulan sebelah rumah. Kejadian itu empat hari lalu dan malam tadi saya pula kena,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Zalina Karim, 50, pula berkata, dua hari berturut-turut iaitu pada Selasa dan Rabu lalu, tingkap rumahnya diganggu dengan bunyi ketukan itu.

Katanya, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 12.00 tengah malam, tingkap bilik anaknya diketuk berkali-kali.

“Saya dan suami pelik dengan kejadian itu tetapi tidak ambil kisah namun apabila keesokan malamnya, tingkap cermin rumah di belakang pula diganggu dengan ketukan yang sama.

“Tetapi tidak nampak orang yang melakukannya,” katanya yang tinggal di Kampung Balik Bukit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya