Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki ditangguh - Utusan Malaysia

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam Baki ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mesyuarat khas yang sepatutnya diadakan pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dibatalkan.

Perkara itu diberitahu ahli jawatankuasa pilihan khas bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, William Leong Jee Keen kepada Utusan Malaysia dengan berkata, ia baharu sahaja dimaklumkan pada tengah hari tadi menerusi surat yang dikeluarkan oleh Parlimen.

“Mesyuarat itu batal, saya baru dapat makluman tentang perkara itu dalam satu surat yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat.

“Pergi tanya mereka, kenapa mesyuarat itu dibatalkan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Jelas William, pihaknya akan membuat perbincangan secara lebih mendalam bersama Pengerusi dan ahli jawatankuasa tersebut tentang perkara itu dalam masa yang terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya