Mesyuarat kerajaan Johor tidak bincang PRN - Exco - Utusan Malaysia

Mesyuarat kerajaan Johor tidak bincang PRN – Exco

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi memaklumkan mesyuarat mingguan majlis kerajaan negeri yang berlangsung hari ini berjalan seperti biasa.

Menurut beliau, tiada sebarang perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat oleh mana-mana pihak.

“Tiada apa-apa yang luar biasa dan mesyuarat hari ini berjalan seperti biasa. Kita membincangkan tentang kertas-kertas kerajaan, tiada perkara lain. Langsung tiada perbincangan (mengenai PRN Johor),” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat mesyuarat berkenaan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Tosrin yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai memberitahu, pihaknya masih belum mendapat tarikh berhubung mesyuarat parti berkenaan di peringkat negeri.

“Berhubung mesyuarat berkenaan, kita akan tunggu daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), buat masa ini belum dapat tahu lagi,” jelasnya.

Baru-baru ini, khabar angin bahawa Johor bakal menyaksikan PRN diadakan semakin kedengaran khususnya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Pemimpin politik blok kerajaan dan pembangkang turut mempunyai pandangan berbeza berhubung pelaksanaan PRN Johor apabila parti kerajaan dilihat menyokong pelaksanaan PRN manakala parti pembangkang menolak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya